Setiap Projek Perumaahan Rakyat (PPR) perlu ambil inisiatif mewujudkan bank makanan sendiri bagi memudahkan bantuan kepada masyarakat berbanding hanya bergantung pada kerajaan.
Menurut Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma, ini salah satu cadangan yang boleh dilakukan masyarakat untuk meningkatkan daya tahan pengurusan dan perbelanjaan isi rumah terutama ketika inflasi.